“Janganlah terlalu kau MENYAYANGI sesuatu itu berlebih-lebihan, Kelak itulah yang bakal menjadi KEBENCIANmu suatu masa nanti..
Janganlah terlalu kau MEMBENCI sesuatu itu berlebih lebihan, Kelak itulah yang bakal menjadi KESAYANGANmu suatu masa nanti..”
Aku
percaya, seringkali “UNGKAPAN” ini hadir ke cuping telinga setiap
insan.. Bukan sekali dua, bahkan berkali-kali sering kita dengari..
Namun pernahkah kalian bertanya, kalian bertingkah, dan berfikir
sejenak, apakah sebenarnya yang terselindung, berselimut, bersembunyi
disebalik ungkapan keramat tersebut..
Renungkanlah,
sebenarnya ia hadir dan wujud dalam setiap warna kehidupan manusia..
Kita kenal apa erti pancaroba, namun seringkali buta akan asal dasar
kewujudannya.. Tiada yang lain, ia adalah HATI NURANI insan itu
sendiri.. Kitalah yang mencorak suasana, kitalah yang melakar
detik-detik perjalanan masa kita sendiri..
Sebalik HATI NURANI
itu, terhubung satu laluan yang bergelar PERASAAN.. Inilah asas yang
tanpa kita sedar, selama ini mewarnai corak kehidupan kita selama hayat
yang dikandung.. Apa yang ingin aku kongsikan adalah PERASAAN, tak lain
yang akar umbinya adalah KASIH dan BENCI.. Apa yang ingin aku khabarkan,
kisarkan, mengenai perjalanan hidupku.. Sebagaimana tertera telah aku
wawancara sejenak tadi, dasarnya adalah HATI NURANI, yang terkandung
KASIH dan BENCI..

Begitulah boleh aku
ibaratkan, betapa indahnya rasa, indahnya suasana, yang akhirnya
memintal kukuh tali ikatan sehinggakan KASIH tiada persempadanan.. Namun
aku lupa akan pepatah lama, “Hidup Ini Bagaikah Roda”.. Walaupun
terlalu dalam KASIH antara kami, jarak menjadi punca desakan NURANI..
Serba sedikit memamah perasangka HATI.. Kian lama ianya kian runtuh,
bagaikan kayu yang dimamah anai-anai.. Tanpa disedari, masa telah
merubah segala rasa, KASIH kini bertukar BENCI..
Duhai puteri pujaan
hati, begitu aku setia disini menanti, mengapa kau biarkan prasangka
membawa mu pergi.. Sedarkah disini aku menanti, mengemis menagih warna
KASIH yang dulu kita kongsikan bersama.. Masa terus berlalu, sedang aku
masih terdampar menanti akan sesuatu yang kian pudar kepastiannya..
KASIHnya kini berubah BENCI, angkara dimamah perasangka HATI.. Hidupku
bagai terbuang, sedang puteri pujaan dibawa pergi.. Itulah corak suasana
yang dibawanya, itulah titip perjalanan yang kami lakarkan.. Dalam
tanpa sedar, membenam rasa HATI sendiri..

Namun..........
Sampai
bila? Sampai bila harus ku layani rawan yang memakan HATI sendiri?
Hampir 2 tAhun telah berlalu, Tapak jejak KASIH yang lama kian samar,
namun masih terasa disebalik BENCI yang mekar disini..
Kini................
Puteri
pujaan telah kembali, mengalun khabar sehalus hembusan bayu.. Disusul
bersama tiupan ungkapan MAAF.. Cukupkah? Dengan apa yang aku tempuhi?
Berbaloikah? Dengan masa dan rasa yang selama masa aku selami? HATI
memberontak, melaung menggongcang selautan ketidak kepuasan rasa..
KASIH..........
Aku
mahukan penjelasan, aku mahukan jawapan.. Bukan aku sekejam insan mahu
terus memBENCImu.. Kerana sebaliknya masih terkesan akan kisah
KASIHmu.. Kini kau sedar salah silap laku mu.. Tapi adakah berbaloi
dengan waktu yang telah kau korbankan? Adakah berbaloi dengan apa yang
telah kau palingkan diwaktu dahulu? Aku bersandar, dalam kemerahan mata
menakung jernihan air, aku menahan parut dulu yang mula berdarah
kembali.. Pada saat yang sama, aku lemas dalam HATI NURANIku sendiri,
dipukul ombak KASIH dan BENCI terhadapmu..
Kini kau seakan
mengambil berat akan jasad yang dulunya menampung HATImu, keterlanjuran
sapaan mu mengundang tanda persoalan dalam minda ku.. Membuatkan aku
terpinga, tertanya-tanya.. Apakah BENCImu dahulu telah bertukar KASIH
yang pernah berbunga suatu ketika dulu? Kerana kini dapat kurasakan
KASIHku mula memamah BENCIku.. Walau telah kembali lahir keinginan
dihati, biarlah aku bekukan dahulu, kerana masih aku memikirkan
“UNGKAPAN” itu...
Begitulah taulan,
sukar untuk dinyatakan, sukar untuk digambarkan.. Benarlah “Hidup Ini
Ibarat Roda”, dan “UNGKAPAN’ itu jua adalah sebahagian dari titian
kehidupan ini.. HATI NURANI, PERASAAN, KASIH, BENCI, adalah elemen
kehidupan.. Tiada yang mampu lari, menyimpang jauh mengelak dari hakiki
alam duniawi.. Kita adalah insan, berpada-padalah, renungkanlah,
pilihlah haluan, pertimbangkanlah.. Perlukah ditanggung SENGSARA yang
menggunung angkara BAHAGIA yang mendalam makna.. Kitalah yang mencorak
segalanya, mewarnai lukisan hidup sendiri, dan melakar perjalanan kisah
sendiri.. Yang menentukannya, adalah YANG MAHA ESA..
Masihkah aku punya RUANG dan WAKTU...
0 komentar:
Posting Komentar